Hadis Perempuan
|
|
- Doa
perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal
tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
- Apabila
seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
- Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
- Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
- Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
- Apabila
semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah.
- Barangsiapa
yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
- Barangsiapa
membawa hadiah, (barang makanan dari pasar) ke rumah lalu diberikan
kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
- Tiap
perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).
- Perempuan
apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.
- Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
- Aisyah
berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar
haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya"."Siapa pula berhak
terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
- Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
- Wanita
yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara,
malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama
mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
- Wanita
yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka
dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
- Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
- Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
- Barangsiapa
mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
- Daripada
Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar