Hadis dan Sunnah
Pengertian Hadis Menurut Bahasa
Hadis menurut bahasa adalah baru (al-Hadits), lawan kepada (al-Qodim)
yang bermaksud lama. Hadis juga bersifat baru kerana keluar lafaznya
dari mulut Rasulullah saw. Di dalam Al-Quran diterangkan diterangkan
perkataan-perkataan hadith, hadithan dan ahadith yang mempunyai pelbagai
maksud, antaranya;
(a). Perkataan [Al-Nisaa’ : 87]
(b). Peristiwa [Al-Tahrim : 3]
(c). Mimpi [Yusuf : 101]
(d). Al-Quran [Al-Kahfi : 6]
Dengan itu hadis dari segi bahasa mengikut Al-Quran, antaranya adalah;
(a). Perkataan atau kisah yang keluar dari mulut.
(b). Peristiwa atau cerita mengenai sejarah.
(c). Ditujukan kepada Al-Quran sebagai wahyu atau Kalam Allah.
(d). Perkhabaran atau berita yang berhubung dengan soal keagamaan,
kehidupan, peristiwa zaman silam, masa kini dan masa akan datang.
Pengertian Hadis Menurut Istilah
Dari segi istilah para muhaddithin telah mengemukakan pelbagai pendapat
mengenainya namun tiada percanggahan antara satu sama lain kecuali jika
ada sesuatu sebab yang khusus mengenainya. Antaranya;
(a). Hadis ialah segala apa sahaja yang dinisbahkan pada Nabi Muhammad
saw dari segi perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat samada fizikal
atau akhlak dan sirah samada sebelum dan selepas menjadi Rasul.
(b). Hadis juga ialah segala apa yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad
saw atau sahabat atau tabiin termasuk juga apa yang dinamakan hadis
marfu’, mauquf dan maqtu’.
Perbezaan Antara Hadis dan Sunnah
Sunnah dari segi bahasa bermaksud jalan atau sirah samada terpuji atau
tercela. Lawan bagi perkataan sunnah adalah bidaah. Mereka yang
mengikuti sunnah dipanggil orang yang mengikuti jalan yang lurus dan
terpuji, manakala mereka yang berpaling dari sunnah adalah pembuat
bidaah dan tercela.
Sunnah dari sudut istilah pula terbahagi kepada beberapa pendapat
ilmuwan berdasarkan pengkhususan ilmu mereka, antaranya;
(a). Ulama Usul Fiqh – Sunnah adalah kata-kata, perbuatan dan taqrir.
Mereka mengkaji hadis sebagai sumber hukum syariat seperti wajib, haram,
sunat, harus dan makruh.
(b). Ulama Fiqh – Sunnah adalah perkara-perkara sunat yang apabila
dilakukan akan mendapat pahala dan meninggalkannya tidaklah berdosa.
(c). Ulama Kalam – Sunnah adalah antonim bagi bidaah. Mereka yang
berpaling dari sunnah dianggap sebagai pembuat bidaah.
(d). Ulama Hadis – Sunnah adalah apa juga yang disandarkan kepada
Rasulullah saw dari segi perkataan, perbuatan, perakuan, sifat fizikal
dan akhlak samada sebelum dilantik menjadi Rasul atau sesudahnya.
Takrif yang diberikan oleh ulama hadis lebih diberi keutamaan kerana ia
merangkumi seluruh kehidupan Rasulullah saw. Sunnah dalam pengertian ini
adalah sama dengan maksud al-hadis. Kesimpulannya pada hakikatnya
al-Hadis dan al-Sunnah mengandungi pengertian yang sama dan jika ada
perbezaan hanya pada istilah dan skop pemakaiannya sahaja.
Anda mungkin juga meminati:
Solat qasar dan jama'
Iktibar Dari Penciptaan Atom
Peristiwa Akhir Zaman
Iktibar Dari Penciptaan Manusia
Linkwithin
Posted by Koleksi Hadis at 7:43 AM
Links to this post
Create a Link
Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8EfHadis dan Sunnah

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8EfKisah Dajjal
Kisah Dajjal
Hadis yang dipaparkan adalah pengumpulan hadis-hadis mengenai perihal
Dajjal. Pentingnya perkara Dajjal ini adalah kerana berdasarkan sebuah
hadis;
Dari Ibnu 'Umar berkata : "Kemudian Nabi saw berdiri di hadapan manusia,
lalu memuji Allah yang Dia satu-satunya yang paling berhak dipuji
kemudian Beliau menyebutkan masalah ad-Dajjal dan bersabda: "Sungguh aku
mengingatkan kalian tentangnya dan tidak ada seorang Nabi pun kecuali
telah mengingatkan kaumnya tentang Dajjal itu. Sungguh Nabi Nuh
'Alaihissalam telah mengingatkan kaumnya. Akan tetapi aku katakan kepada
kalian tentangnya yang para Nabi (sebelumku) belum pernah
mengatakannya, iaitu bahawa ad-Dajjal itu a'war (buta sebelah matanya)
dan sesungguhnya Allah tidaklah buta sebelah". [2829] Sahih Bukhari
Perkataan ‘tidak ada seorang Nabi pun kecuali telah mengingatkan kaumnya
tentang Dajjal’ bermakna perkara mengenai Dajjal ini sangat-sangat
penting. Maka dengan itulah kami cuba mengumpulkan seberapa yang ada
mengenai hadis-hadis perihal Dajjal (tidak semua). Hadis mengenai
kedatangan Dajjal ini adalah mutawatir, mengingkarinya boleh menyebabkan
kekufuran.
Perlu diingat, bahawa Dajjal itu bukanlah hawa nafsu atau bentuk-bentuk
yang pelik sebagaimana terdapat beberapa kisah mengenainya, tetapi
Dajjal itu seperti susuk tubuh manusia biasa dan buta sebelah matanya
serta dikurniakan perkara-perkara ajaib oleh Allah yang Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana sebagai ujian terbesar kepada umat manusia.
Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef